Pengumuman

SESI LIBAT URUS YBHG. DATUK KETUA PENGARAH (KPKM) BERSAMA WARGA KERJA JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI TERENGGANU DAN LAWATAN KERJA KE PKMD HULU DAN RUMAH EHSAN DUNGUN


15 Jun 2025 


SESI LIBAT URUS YBHG. DATUK KETUA PENGARAH (KPKM) BERSAMA WARGA KERJA JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI TERENGGANU DAN LAWATAN KERJA KE PEJABAT KEBAJIKAN  MASYARAKAT DEARAH HULU DAN RUMAH EHSAN DUNGUN

 

YBhg. Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan, Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM) pada hari ini telah menghadiri Sesi Libat Urus Bersama Warga Kerja Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri (JKMN) Terengganu bertempat di Dewan Penyayang, Taman Sinar Harapan, Kuala Terengganu.

 

YBhg. Datuk KPKM dalam ucapannya telah menyampaikan amanat serta turut sama membincangkan isu dan perkara berkaitan pemerkasaan perkhidmatan JKM.

Sesi libat urus ini diadakan sempena lawatan kerja KPKM ke Terangganu pada 15 dan 16 Jun 2025. Dalam lawatan kerja ini juga KPKM telah mengadakan lawatan pembangunan ke PKMD Hulu Terengganu dan Rumah Ehsan Dungun. Pada 16 Jun 2025, KPKM akan mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Setiu.

 

Pada sesi petang, KPKM telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Terengganu, Terengganu. Lawatan ini bertujuan untuk menilai kemudahan fasiliti sedia di PKMD Hulu Terengganu. Usai daripada lawatan ini KPKM meneruskan lawatan ke bangunan baharu pengoperasian PKMD Hulu Terengganu yang sedang dalam proses kerja awalan pengubahsuaian bangunan oleh firma perunding yang dilantik. YBhg. Datuk juga turut berkesempatan beramah mesra dengan pegawai dan kakitangan PKMD Hulu Terengganu.

Setelah selesai lawatan di PKMD Hulu Terengganu, YBhg. Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM) juga telah turun meninjau projek pembangunan yang dilaksanakan di Rumah Ehsan, Dungun Terengganu. YBhg. Datuk juga turut berkesempatan menyantuni penghuni di sini.

 

Turut hadir dalam sesi libat urus ini ialah YBrs. Encik Arfan bin Sulaiman Pengarah Perancangan & Pembangunan, YBrs Puan Mazura binti Ngah Abdul Manan Pengarah JKM Negeri Terengganu dan YBrs. Dr Nurhayati binti Mohamad Timbalan Pengarah JKM Negeri Terengganu.