Pengumuman

BENGKEL LATIHAN PEMANTAPAN PASUKAN PELINDUNGAN KANAK-KANAK (PPKK) ZON TIMUR DAN UTARA TAHUN 2025


Bengkel Pemantapan Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak (PPKK) Zon Timur dan Utara yang sedang berlangsung di Bukit Keluang Beach Resort Besut, Terengganu. (6 - 8 Ogos 2025).

 

Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) telah menganjurkan bengkel ini dengan kerjasama JKM Negeri Terengganu dan PPKK Negeri Terengganu yang bertujuan untuk menghimpunkan Ahli Jawatankuasa PPKK, Penyelaras PPKK Negeri, Penyelia Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) dan Ahli Jawatankuasa PAKK dari Zon Timur dan Utara.

 

Melalui bengkel ini para peserta dapat menambah ilmu pengetahuan dan menambahbaik dalam melaksanakan program serta dapat memperkasakan peranan masing-masing secara menyeluruh..