Pengumuman

PROGRAM SKILL AND CAREER @ COMMUNITY SERVICE ORDER – SOKONGAN PEKERJAAN TAHUN 2025

Tarikh : 24 Julai 2025 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu,Terengganu Darul Iman

Kumpulan sasar yang dilibatkan dalam program ini adalah 15 orang peserta dari kalangan pelatih Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) Pesalah Mudah dan Pesalah Kanak-Kanak dari semua daerah dalam Negeri Terengganu dan pelatih-pelatih Institusi JKM iaitu Sekolah Tunas Bakti (Perempuan) Marang dan Asrama Rusila Marang, Terengganu. Tujuan program ini memberi pendedahan kepada pelatih-pelatih memperaolehi pengetahuan baharu mengenai peranan Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO yang akan membantu memastikan pelatih PKM di bawah seliaan JKM mendapatkan pekerjaan yang sesuai, yang julung kalinya JKM Terengganu berkolaborasi bersama PERKESO.

Objektif program ini adalah meyediakan peluang pekerjaan kepada pelatih PKM, membuka peluang peningkatan kerjaya kepada pelatih PKM, menjalin kerjasama dengan Mediator, memperkasa pelatih PKM dalam meningkatkan keupayaan kemahiran dan produktiviti sebagai tenaga kerja.
Pengisian program berelemenkan pemulihan dengan memberi fokus kepada taklimat program kerjaya oleh 2 orang penceramah dari PERKESO dan slot temubual oleh Media Akhbar Tempatan kepada Puan Rodziah Binti Abdol Razak, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kanak-Kanak Dan Perintah Khidmat Masyarakat mewakili Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu dan 2 orang wakil pelatih PKM.