Tarikh: 23 Julai 2025 (Rabu)
Jam: 8:00 pagi - 2:00 petang
Tempat: Dewan Serindit Pejabat Daerah Kuala Nerus
*OBJEKTIF PROGRAM*
1. Memberi pendedahan kepada peserta mengenai proses pendaftaran sebagaimana peruntukan Akta 308;
2. Memberi penerangan kepada bakal pengusaha TASKA secara dua hala terutama dari Agensi Teknikal yang terlibat; dan
3. Menggalakkan industri penjagaan (care industry) dengan peningkatan jumlah TASKA berdaftar.
*Pengisian Program*
1. Tajuk Pendaftaran Perniagaan, Taklimat Oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Negeri Terengganu
2. Tajuk Kelulusan Permit, Taklimat Oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu
3. Tajuk Pemeriksaan TASKA dan Keselamatan Bangunan, Taklimat Oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Terengganu
4. Tajuk Pemantauan TASKA dan Kebersihan Persekitan, Taklimat Oleh Jabatan Kesihatan Kuala Terengganu
5. Tajuk Tindakan Penguatkuasaan TASKA, Taklimat Oleh Unit Penguatkuasaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu
Program ini bukan sahaja dapat menyampaikan maklumat dan pendedahan kepada pengusaha TASKA dan pengusaha TASKA yang belum berdaftar mengenai proses pendaftaran sebagaimana yang diperuntukan di bawah Akta Taman Asuhan Kanak- kanak, Malah dapat memberi penerangan kepada pengusaha TASKA sedia ada dan bakal pengusaha TASKA secara dua hala oleh Agensi Teknikal.