Pengumuman

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN DAN HARI BERTEMU PELANGGAN BIL.2/2025 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI TERENGGANU

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN DAN HARI BERTEMU PELANGGAN BIL.2/2025 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI TERENGGANU

 

Tarikh : 22 April 2025 (Selasa)

Masa : 8.00 pagi - 2.00 petang

Tempat : Dewan Serbaguna Kuarters TNB Kuala Berang

 

Perhimpunan Bulanan Bilangan 2 dan Hari Bertemu Pelanggan Tahun 2025 telah disampaikan oleh Ybrs Dr Nurhayati binti Mohamad, Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu di Dewan Serbaguna Kuarters TNB Kuala Berang, Hulu Terengganu.

 

Dalam perhimpunan bulanan ini, Ybrs Dr Nurhayati merakamkan ucapan penghargaan kepada pegawai-pegawai jabatan yang telah bersara dari perkhidmatan awam, bertukar keluar jabatan dan juga yang telah menunjukkan prestasi kerja bulanan yang cemerlang daripada Ybrs. Puan Mazura binti Ngah Abd Manan, Pengarah Kebajikan Masyarakat yang tidak dapat hadir kerana urusan kerja di luar pejabat. Dalam ucapannya juga, Puan Pengarah mengingatkan

kepada warga kerja jabatan bahawa hendaklah sentiasa menjaga imej sebagai penjawat awam dengan menunjukkan tatakelakuan yang baik dan sentiasa mematuhi Standard Prosedur Kerja (SOP) yang ditetapkan.

 

Tahniah dan Syabas juga diucapkan kepada Rumah Ehsan Dungun kerana telah berjaya merangkul pingat emas bagi produk Kikers Stick dalam 50th International Exhibition of Inventions of Geneva, Switzerland pada 12 April 2025.

 

Majlis yang berlangsung dengan penuh meriah dan warna-warni itu turut dihadiri oleh warga kerja JKMNT, wakil-wakil PKMD, Institusi serta tetamu jemputan yang terdiri daripada wakil agensi kerajaan, swasta serta komuniti setempat. Kehadiran mereka memeriahkan lagi suasana dan menyerlahkan semangat kebersamaan yang menjadi teras sambutan ini.

 

Turut hadir, Ybrs Puan Dalila binti Mohd Nasir, Ketua Penolong Pengarah (Bahagaian Pembangunan OKU dan Warga Emas), Encik Mohamed Abdan bin Ishak @ Mohamad, selaku wakil Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Terengganu, Ketua-ketua Penolong Pengarah, Ketua Bahagian/Ketua Unit, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah, Ketua-Ketua institusi dan seluruh warga JKM Negeri Terengganu.