
SYARAT-SYARAT AM
1. Taklimat dan lawatan tapak hanya diadakan sekali sahaja. Kontraktor dikehendaki berkumpul di PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH HULU SELANGOR pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Kontraktor yang tidah hadir pada sesi taklimat tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam sebut harga ini.
2. Dokumen Sebut harga akan dikeluarkan kepada Kontraktor yang sah sahaja. Bagi maksud ini Kontraktor-kontraktor hendaklah membawa Surat Pendaftaran Asal CIDB dan Sijil Taraf Bumiputera (STB) PKK beserta salinan.
Tarikh taklimat dan lawatan tapak adalah pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut iaitu :
Tarikh : 2 Julai 2025 (Rabu)
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Selangor
Lot 18, Sekssyen 9, Jalan Rasathurai,
44000, Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Kehadiran Lawatan Tapak adalah Wajib. Kontraktor yang tidak menghadirkan diri ke lawatan tapak ini akan ditolak penyertaan dokumen sebut harga.
* Sila bawa bersama Sijil Pendaftaran dan Sijil Pendaftaran Kontraktor Bumiputera ASAL & SALINAN. Hanya penama di Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat sahaja yang boleh menghadiri lawatan tapak atau taklimat sebut harga dan tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama yang dibenarkan dalam sijil.