Top banner 1

  Pengumuman:

PERUTUSAN PENGARAH



 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya merakamkan penghargaan kerana diberi peluang untuk memberikan ucapan  di dalam Laman WEB JKM Negeri Perlis.

Salah satu objektif laman web ini adalah untuk memudahkan individu dan masyarakat maya berhubung dengan JKM Negeri Perlis secara mudah, selesa dan cepat. JKM Negeri Perlis juga turut mempunyai media sosial lainnya yang boleh dihubungi iaitu menerusi Facebook dan Twitter. Adalah diharapkan dengan kemudahan ini masyarakat dapat mengakses maklumat terkini berkaitan perkhidmatan jabatan.

Akhir sekali, saya menyeru kepada semua masyarakat yang mempunyai akses ke ke media sosial supaya dapat menggunakannya dengan sebaik yang mungkin di dalam menyebarkan maklumat yang sahih dan mengelakkan diri daripada terjebak ke dalam kancah fitnah dan penyebaran maklumat palsu yang tidak diselidiki terlebih dahulu. “Fikir sebelum sebar, semak sebelum kongsi”.

Terima kasih.

MOHAMMAD HAZAM BIN ISMAIL
Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis