Kanak - Kanak

Perkhidmatan kanak-kanak menyediakan perkhidmatan perlindungan kepada kanak-kanak daripada semua bahaya termasuk jenis penyalahgunaan, penyeksaan, penderaan, diskriminasi dan eksplotasi. Di samping itu penekanan khusus diberi kepada perkembangan sihat kanak-kanak dari segi fizikal, sosial, emosi dan mental. Mereka juga dilengkapi dengan nilai dan sikap yang sesuai supaya mereka mempunyai haluan dan tujuan sebagai generasi dan pemimpin masa hadapan.

Objektif
Memastikan khidmat pemeliharaan, perlindungan, pemulihan dan pembangunan kanak-kanak disediakan dengan cekap dan berkesan.

Definisi Kanak-kanak
Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun yang memerlukan jagaan, pemeliharaan, perlindungan dan pemuliharaan mengikut takrifan Akta Kanak-kanak 2001.

Komitmen Antarabangsa
  1. The Convention On The Rights Of The Child (CRC) 1994 - ditandatangani pada 28 Disember 1994.
  2. Bali Consensus On Partnerships With And For Children In The East Asia And Pacific Region (2005).

Akta-akta Berkaitan Kanak-kanak
  • Akta Kanak-kanak 2001
  • Kanun Acara Jenayah (Sek 173A, 293 & 294)
  • Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952
  • Akta Pengangkatan 1952
  • Akta Keganasan Rumahtangga 1994
  • Akta TASKA (Pindaan) 2007
  • Akta Pusat Jagaan (Pindaan) 2007
  • Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007

Peraturan-peraturan Berkaitan Kanak-kanak
  1. Akta Kanak-kanak 2001 - Peraturan-peraturan Kanak-kanak (Tempat Selamat) 2007
  2. Akta Mahkamah Juvana 1947 - Peraturan-peraturan Asrama Akhlak 1982
  3. Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 - Kaedah-kaedah Perlindungan Wanita dan Gadis (Tempat Perlindungan) 1982
  4. Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 - Peraturan-peraturan Pasukan Perlindungan Kanak-kanak (Prosedur & Amalan) 1995
  5. Peraturan-peraturan Jawatankuasa Kebajikan Juvana (Perlindungan dan Kewajipan 1976)
  6. Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 - Peraturan-peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak Komuniti 2007
Tarikh Kemaskini : 04/04/2019