Top banner 1

Bulan Kebajikan Negara 2017

PERKHIDMATAN

PUSAT LATIHAN PERINDUSTRIAN DAN PEMULIHAN (PLPP)

PUSAT LATIHAN PERINDUSTRIAN DAN PEMULIHAN BANGI (PLPP)

i. Pengenalan PLPP

Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi adalah sebuah institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang memberikan perkhidmatan kepada orang kurang upaya anggota (OKU) melalui latihan vokasional serta pemulihan perubatan.

ii. Objektif
• Memberikan perkhidmatan yang komprehensif kepada OKU anggota untuk mendapatkan latihan vokasional dan pemulihan perubatan.
• Mengembalikan kemahiran yang telah hilang akibat kemalangan bagi meningkatkan kemampuan mereka bekerja dan berdikari.
• Mengambil langkah awal untuk pemulihan bagi mengelakkan kurang upaya menjadi bertambah teruk.
• Menyediakan tempat perkhidmatan sebagai rujukan dan sumber latihan penuntut perubatan, jurupulih, juruteknik prostetik dan ortotik serta lain-lain kakitangan yang memerlukan.
• Menjadi tempat rujukan untuk menjalankan kajian berkaitan OKU.