Kursus Asuhan Permata

KURSUS ASUHAN DAN DIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PERMATA 
(KURSUS ASUHAN PERMATA)

 
Berkuatkuasa 1 Januari 2013, Kursus Asuhan PERMATA merupakan kursus yang diwajibkan ke atas pengusaha, pengurus, penyelia dan pengasuh bagi menggantikan Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) yang telah dilaksanakan sejak tahun 1988. 
 
Menurut Peraturan 54, Peraturan-Peraturan TASKA 2012, semua pengusaha, pengurus, penyelia dan pengasuh wajib hadir dan lulus Kursus Asuhan PERMATA dalam tempoh dua belas bulan bekerja.
 
Latihan berkaitan asuhan dan didikan awal kanak-kanak amat penting untuk menentukan kualiti pengasuhan dan penjagaan kanak-kanak di TASKA dipatuhi.  Usaha ini bertujuan untuk memenuhi keperluan perkembangan menyeluruh, keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak serta menangani berlakunya insiden kemalangan dan kematian kanak-kanak seperti yang kerap dilaporkan di media massa.

PENGIKTIRAFAN AGENSI LATIHAN, JURULATIH DAN FASILITATOR KURSUS ASUHAN DAN DIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PERMATA (KAP)
 
Peraturan-Peraturan TASKA 2012 di bawah Peraturan 53 dan Peraturan 54, telah memperuntukan bidang kuasa JKM bagi mengiktiraf mana-mana individu, persatuan atau syarikat yang layak untuk menjalankan KAP sebagai agensi latihan, jurulatih dan fasilitator. Untuk mengetahui secara lebih lanjut sila layari portal eZi2Care (http://ezi2care.jkm.gov.my).
 
KURSUS ASUHAN DAN DIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PERMATA (KAP)
 
Kadar Bayaran KAP ditetapkan pada kadar RM800.00 seorang untuk tempoh selama kursus selama 144 jam dan amali 40 jam @ 29 hari sepenuh masa, manakala bagi kursus hujung minggu berlansung dalam tempoh 4 bulan. Peserta KAP boleh membeli Modul Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA yang diterbitkan oleh Bahagian Penerbitan, UPM dengan harga RM100.00 senaskah melalui Agensi Latihan yang melaksanakan kursus. 
 
 
Tarikh Kemaskini : 10/01/2018