Salam Sejahtera,
Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor kerana berjaya melaksanakan semua tugasan dan amanah yang dipertanggungjawabkan selama ini dengan begitu baik.
JKM telah lama menabur bakti kepada masyarakat dengan menyampaikan maklumat berkaitan dasar-dasar kerajaan dan isu semasa secara bersemuka melalui pelbagai program yang telah dilaksanakan ke seluruh pelosok negeri.
Pathmanathan A/L R. Nalasamy
Pengarah
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Negeri Johor