Pengumuman

Berita JKMN Negeri

SAMBUTAN HARI INOVASI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT TAHUN 2024


7 OKTOBER 2024 (ISNIN)
Majlis Sambutan Hari Inovasi Jabatan Kebajikan Masyarakat 2024
YB Datuk Seri Dr Noraini Binti Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyrakat telah hadir merasmikan Majlis Sambutan Hari Inovasi Jabatan Kebajikan Masyarakat 2024 yang yang berlangsung di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi.
Sambutan Hari Inovasi yang dilaksanakan merupakan agenda tahunan Jabatan dalam usaha meningkatkan budaya kerja berinovasi tinggi dan kreatif dalam memastikan penyampaian perkhidmatan dapat disampaikan kepada kumpulan sasar dengan lebih berkesan dan mudah. Pertandingan Kumpulan Kreatif dan Inovatif atau KIK telah dilangsungkan pada 24 dan 25 September 2024 yang lalu. 6 kategori inovasi yang dipertandingkan iaitu :
1. Inovasi Sosial Reka Cipta (JKMN /PKMD/J/B)
2. Inovasi Sosial Reka Cipta (Institusi)
3. Inovasi Sosial Penambahbaikan (JKMN/PKMD/J/B dan Institusi)
4. Inovasi Penyampaian Perkhidmatan Rekacipta ((JKMN/PKMD/J/B)
5. Inovasi Penyampaian Perkhidmatan Reka Cipta (Institusi)
6. Inovasi Penyampaian Perkhidmatan Penambahbaikan (Jkmn/ Pkmd/ J/ B/ Institusi)

Pemenang keseluruhan Anugerah Inovasi JKM 2024 yang telah dinobatkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah.
Shabas dan Tahniah.