Akronim dan singkatan dalam pelaksanaan undang - undang

PEGAWAI-PEGAWAI
  1. Pelindung - Mana-mana Pegawai Kebajikan Masyarakat yang dilantik di bawah seksyen 8 AKK
  2. Pegawai Akhlak - Pegawai Akhlak yang di lantik di bawah seksyen 10 AKK
  3. Pegawai Diberi Kuasa Taska - Seseorang pegawai yang dilantik di bawah seksyen 13 Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984
  4. Pegawai Diberi Kuasa Pusat Jagaan - Seseorang Pegawai Kebajikan masyarakat atau seseorang pegawai yang dilantik di bawah seksyen 12 APJ
  5. Pegawai Penguatkuasa - Seseorang Pegawai Polis atau Pegawai Kebajikan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat [AKRT]
  6. Penguasa - Seseorang yang mengurus atau mengawal sesuatu rumah kebajikan (AOP)
  7. Pegawai Kebajikan Masyarakat - Mana-mana pegawai kebajikan masyarakat di kementerian atau jabatan yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan kebajikan dan termasuklah mana-mana penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat
  8. Pendaftar
    • Pendaftar Kanak-Kanak yang memerlukan pelindungan yang dilantik di bawah subseksyen 9(2) AKK dan termasuklah Pendaftar Besar
    • Pendaftar Orang Kurang Upaya yang dilantik di bawah perenggan 20(1)(c) AOKU
  9. Pendaftar Besar - Pendaftar Besar Kanak-Kanak yang memerlukan pelindungan yang dilantik di bawah subseksyen 9(1) AKK
  10. Pengetua - Pengetua Suatu tempat selamat
INSTITUSI-INSTITUSI
  1. Tempat Selamat
    • Mana-mana tempat perlindungan yang ditubuhkan atau ditetapkan di bawah seksyen 54 AKK
    • Mana-mana rumah atau institusi yang disenggarakan atau diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat atau mana-mana agensi atau pertubuhan sukarela lain yang diluluskan oleh Menteri
  2. Tempat Perlindungan - Mana-mana tempat perlindungan yang ditubuhkan atau ditetapkan di bawah seksyen 55 AKK
  3. Tempat Tahanan - Mana-mana tempat tahanan yang ditubuhkan atau ditetapkan di bawah seksyen 58 AKK Termasuklah tempat penginapan di balai polis, bilik kurungan atau lokap polis yang berasingan atau terpisah daripada pesalah-pesalah dewasa
  4. Asrama Akhlak - Sesuatu asrama yang ditubuhkan atau ditetapkan di bawah seksyen 61 AKK sebagai tempat tinggal bagi kanak-kanak yang dikehendaki tinggal di situ di bawah Tatacara Jenayah di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak.
  5. Sekolah diluluskan - Sesuatu sekolah yang ditubuhkan atau di tetapkan di bawah seksyen 65 AKK dan termasuklah sesuatu pusat
  6. Sekolah Henry Gurney 
    • Sesuatu sekolah yang ditubuhkan atau ditetapkan di bawah seksyen 73 AKK adalah di bawah arahan dan kawalan
    • Ketua Pengarah Penjara dan diluluskan oleh Menteri bagi pendidikan, latihan dan penahanan orang-orang yang dihantar ke situ menurut Bahagian Tatacara Jenayah di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak.
PERTUBUHAN SUKARELA
  1. Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak 
    • Jawatankuasa yang dilantik oleh Menteri untuk menyelia
    • kebajikan orang-orang yang termasuk dalam ruang lingkup
    • Bahagian Tatacara Jenayah di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak 
    • dan untuk membantu pegawai akhlak di mana-mana daerah atau kawasan
  2. Pasukan Pelindungan Kanak-kanak - Sesuatu pasukan yang ditubuhkan oleh Majlis di bawah seksyen 7 AKK
  3. Majlis 
    • Majls Penyelaras bagi pelindungan kanak-kanak yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 AKK
    • Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 AOKU
  4. Lembaga - Lembaga Pelawat yang dilantik oleh Menteri di bawah seksyen 82 AKK
KLIEN
  1. Kanak-Kanak - Seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun
  2. Orang Kurang Upaya - Mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat
  3. Isteri atau Suami - Isteri atau suami de facto (AKRT)
  4. Orang Papa 
    • Seseorang yang didapati mengemis di sesuatu tempat awam dengan sebegitu cara hingga menyebabkan atau mungkin menyebabkan kegusaran kepada orang yang lazim mengunjungi tempat itu atau pun hingga menimbulkan kacau ganggu atau
    • Seseorang peleser yang dijumpai di sesuatu tempat awam, sama ada atau tidak dia mengemis, yang tidak mempunyai mata pencarian pada zahirnya atau tempat tinggal atau yang tidak dapat menyatakan hal dirinya dengan memuaskan
  5. Penghuni - Seseorang yang telah diterima untuk jagaan sebagai penghuni di pusat jagaan berkediaman itu
  6. Pengendali - Orang yang atas permohonannya pusat itu didaftarkan sebagai pusat jagaan berdaftar
  7. Orang Berdaftar - Seseorang yang didaftarkan berhubung dengan suatu taman asuhan kanak di bawah seksyen 7 Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984
Tarikh Kemaskini : 12/06/2018