Pengenalan

PENGENALAN
 
AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984 [AKTA 308]


Tujuan penggubalan adalah untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pemeriksaan dan penguatkuasaan ke atas TASKA dan bagi perkara yang berkaitan dengannya demi menentukan kesejahteraan, keselamatan dan perkembangan menyeluruh kanak-kanak diutamakan.


DEFINISI TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK
 
Di bawah Seksyen 2, Akta 308 “taman asuhan kanak-kanak” ertinya mana-mana premis yang menerima masuk empat (4) orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat (4) tahun dari lebih daripada satu isi rumah untuk dijaga dengan upah.
 
DEFINISI TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK BERDAFTAR
 
“Taman asuhan kanak-kanak berdaftar” ertinya suatu taman asuhan kanak-kanak yang didaftarkan di bawah seksyen 7.
 
Di bawah Seksyen 6 (1) tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengambil bahagian dalam pengurusan suatu taman asuhan kanak-kanak yang tidak didaftarkan dibawah peruntukan–peruntukan Akta ini.
 
Di bawah Seksyen 6 (2) Akta 308 memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan
 
KATEGORI TASKA
Seksyen 5 Akta 308 memperuntukkan 4 kategori TASKA seperti berikut :
  
1.      TASKA Institusi
  • Menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaan
  • Ditubuhkan atas inisiatif pihak swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)
2.       TASKA Di Tempat Kerja
  • Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam  jagaan
  • Ditubuhkan atas inisiatif majikan untuk kebajikan pekerja
3.       TASKA Komuniti
  • Menerima  10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
  • Menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri 
  • Ditubuhkan atas inisiatif komuniti untuk manfaat kepada keluarga yang berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar
4.       TASKA Di Rumah
  • Menerima 4 hingga 9 orang kanak-kanak dalam jagaan
  • Dijalankan di kediaman sendiri
 
 SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN
  1. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS).
  2. Memenuhi standard minimum Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  3. TASKA memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh agensi teknikal seperti berikut :
  • Pihak Berkuasa Tempatan
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat
  • Jabatan Kesihatan
  • Jabatan Tanah dan Survei (Sarawak sahaja)

STANDARD MINIMUM JKM
 
Di antara standard minimum yang ditetapkan adalah seperti berikut :
 
  1. Nisbah pengasuh dengan kanak-kanak hendaklah mencukupi seperti Jadual berikut;
    Umur (tahun) Kanak-kanak biasa Kanak-kanak keperluan khas
    0 – 1 1 : 3 2 : 3
    1 – 3 1 : 5 2 : 5
    3 – 4 1 : 10 3 : 10
  2. Pengasuh merupakan warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas;
  3. Pengusaha hendaklah hadir dan lulus Kursus Asas asuhan Kanak-kanak (KAAK)/ Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA (KAP) yang diiktiraf oleh JKM;
  4. Pengasuh hendaklah hadir dan lulus KAAK/KAP atau lulus KAP dalam tempoh 12 bulan bekerja;
  5. Mematuhi nisbah kanak-kanak dengan ruang lantai iaitu:
  • 2.5 meter persegi bagi seorang kanak-kanak di TASKA Rumah; atau 
  • 3.5 meter persegi bagi seorang kanak-kanak di TASKA Institusi, Tempat Kerja dan Komuniti;
  1. Menyedia dan mempamerkan jadual menu makanan yang seimbang dan jadual aktiviti harian mengikut peringkat umur kanak-kanak;
  2. TASKA mempunyai kemudahan peralatan dan perabot yang sesuai, selamat dan mencukupi bagi keperluan kanak- kanak;
  3. Menyedia dan menyenggara rekod-rekod di TASKA;
  4. Menjaga kebersihan dan keselamatan di dalam dan luar premis TASKA;
  5. Apa-apa syarat lain yang difikirkan patut dan sesuai oleh Ketua Pengarah atau Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri.

PROSEDUR PERMOHONAN PENDAFTARAN TASKA
  1. Konsultasi dan permohonan pendaftaran boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berkenaan.
  2. Permohonan pendaftaran yang lengkap akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja.
  3. Bayaran fi pendaftaran dikenakan sebanyak RM50.00 bagi TASKA Di Rumah dan RM250.00 bagi TASKA Institusi; Tempat Kerja dan Komuniti.
  4. Kelulusan Sijil Perakuan Pendaftaran TASKA akan dikeluarkan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri (PKMN) yang berkenaan. Sebarang pembetulan terhadap sijil tersebut hendaklah dikemukakan dalam tempoh 14 hari.
  5. Tempoh sah pendaftaran adalah selama 60 bulan (5 tahun).
  6. Senarai TASKA berdaftar boleh disemak di laman web www.jkm.gov.my
       Borang Permohonan Pendaftaran Taman Asuhan Kanak-Kanak boleh didapati di SINI
  
TINDAKAN UNDANG-UNDANG YANG BOLEH DIAMBIL
Jika mana-mana TASKA tidak berdaftar atau TASKA yang berdaftar tetapi tidak mematuhi Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984, Peraturan-Peraturan TASKA (Pengkompaunan Kesalahan) 2011, Peraturan-peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak 2012 boleh dikenakan tindakan seperti berikut:
  1. Kompaun maksimum RM5,000.00 bagi setiap kesalahan
  2. Pembatalan Pendaftaran
  3. Arahan TASKA ditutup sementara
  4. Lak (seal)
  5. Pendakwaan dan jika sabit kesalahan boleh : 
    1. didenda tidak melebihi RM10,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya;
    2. bagi kesalahan kedua dan berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM 20,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
Tarikh Kemaskini : 18/02/2020