Pengumuman

Program Kasih Ramadhan 2018 JKM WPKL.

KASIH Ramadan...menyantuni kumpulan sasar bersama YB Fahmi Fadzil, Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Rakan Strategik Kolej SEGi.
Program telah dilaksanakan di Perumahan Awam Sri Pahang melibatkan 50 orang penerima bantuan. Antara objektif program ini adalah untuk mewujudkan semangat kekitaan dalam kalangan masyarakat, menanam nilai-nilai murni kepada masyarakat yang prihatin dan mengukuhkan institusi kemasyarakatan.
Turut menghulurkan sumbangan adalah Kenangan Z&Z Premier Avisory, Pengusaha2 Taska Selangor & Kuala Lumpur dan orang perseorangan.
Terima kasih sekali lagi kepada semua yang menjayakan Program Kasih Ramadhan 2018 JKM WPKL.