• Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah ditubuhkan pada bulan April 1946. Di dalam jangkamasa 76 tahun, JKM telah mengalami evolusi dalam memenuhi peranannya di dalam pembangunan negara. Bermula dengan penglibatan menangani pelbagai masalah yang timbul akibat Perang Dunia Kedua, peranan dan fungsi Jabatan ini telah berkembang kepada perkhidmatan pencegahan dan pemulihan dalam isu-isu sosial serta pembangunan masyarakat. Sebagai salah satu agensi kerajaan yang memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial, ia telah di tempatkan di bawah beberapa Kementerian:

    1946 - 1951
    Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaya

    1952 - 1955
    Jabatan Perusahaan dan Perhubungan Sosial

    1956 - 1957
    Jabatan Kesihatan dan Kebajikan Sosial

    1957 - 1958
    Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Sosial

    1958 - 1959
    Kementerian Buruh dan Kebajikan Masyarakat

    1960 - 1962
    Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat

    1963 - 1964
    Kementerian Buruh dan Kebajikan Masyarakat

    1964 - 1982
    Kementerian Kebajikan Am

    1982 - 1990
    Kementerian Kebajikan Masyarakat Malaysia

    1990 - 2004
    Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat 

    2004 - kini
    Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat


    Tarikh Kemaskini :08/09/2022

  • Visi
    "Peneraju utama kebajikan dalam pembangunan dan kesejahteraan masyarakat"

    Misi

    "Memperkasa masyarakat yang memerlukan ke arah kesejahteraan sosial"

    Moto
    "Berkat Berjasa"

    Objektif
    • Meningkatkan kompetesi, prestasi, produktiviti dan daya inovasi pekerja sektor kebajikan;
    • Meningkatkan keupayaan dan memberi nafas baharu kepada organisasi;
    • Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kebajikan;
    • Memperluas jaringan kerja dan kolaborasi strategik (multiple helix) dalam dan luar negara; dan
    • Membudayakan patriotisme, nilai-nilai murni, etos dan integriti.


    Tarikh Kemaskini :18/08/2017

    1. Mengoptimumkan keupayaan dan potensi diri serta kesejahteraan kumpulan sasar Jabatan.
    2. Memastikan aspek Kebajikan di integerasikan dalam perancangan ke arah mencapai pembangunan sosio-ekonomi yang menyeluruh.
    3. Mempertingkatkan peranan dan keupayaan Jabatan sebagai paksi utama dalam perancangan dan penilaian program-program pembangunan Kebajikan Masyarakat di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
    4. Mempertingkatkan perkongsian bijak dan strategik melalui kerjasama dengan semua kumpulan masyarakat, badan-badan bukan kerajaan dan agensi-agensi antarabangsa.
    5. Memantap dan mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan Kebajikan di semua peringkat. 
    6. Mempertingkatkan pengurusan dan penggunaan sumber manusia secara optimum.
    7. Mempertingkatkan kualiti perancangan dan pengurusan kewangan serta teknologi maklumat dan komunikasi secara profesional.


    Tarikh Kemaskini :08/02/2017


  •  

    Logo ini dicipta sebagai memenuhi aspirasi bangsa yang progresif dan membangun. Justeru itu, keseimbangan yang berterusan antara infrastruktur dan pembangunan kebajikan dapat dicapai.

    Logo dalam bentuk hati membayangkan masa depan dan pemodenan jabatan serta pendayaupayaan yang maksimum dalam menyediakan perkhidmatan kebajikan secara menyeluruh. Pendayaupayaan ini disokong oleh rasa kasih sayang dan kefahaman yang positif daripada kumpulan sasaran dan masyarakat secara keseluruhannya.

    Bulatan berwarna jingga di atas hati merupakan simbolik yang mewakili usaha kemanusiaan yang dijalankan dalam merealisasikan misi dan visi jabatan, manakala warna unggu melambangkan sifat semulajadi jabatan yang proaktif dan dinamik selaku sebuah organisasi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat.

    Sebagai rasa kebanggaan terhadap usaha yang dijalankan, warna-warna jalur gemilang seperti merah, putih, biru dan kuning telah dipilih sebagai asas terhadap integrasi, integriti, dedikasi serta komitmen individu, masyarakat dan bangsa keseluruhannya.



    Tarikh Kemaskini :08/02/2017

  • KOD ETIKA PEKERJA JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
     
    Kod Etika Pekerja Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah piawaian yang diamalkan oleh pekerja yang kompeten, berdisiplin tinggi, bertanggungjawab dan komited terhadap tugas untuk menjamin perkhidmatan kebajikan dan pembangunan masyakarat yang berkesan dan berkualiti.

    Klik untuk muat turun Dokumen (edisi 2011)
    Klik untuk muat turun Buku Kod Etika Pekerja JKM (edisi 2020)
    Klik untuk muat turun Poster Kod Etika JKM
    Klik untuk muat turun Kod Etika Petugas Berurusan di Kaunter
    Klik untuk muat turun Kod Etika Pelanggan Berurusan di Kaunter


    (*dokumen ini hanya terdapat dalam versi Bahasa Melayu sahaja)


     


    Tarikh Kemaskini :14/07/2023

  • "Bahawa Kami Pekerja Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia Dengan Sesungguhnya

     Berikrar Bahawa Kami Akan Berkhidmat Dengan Cekap, Jujur Dan Amanah Dalam Menyempurnakan

     Tanggungjawab Dan Kewajipan Kami Untuk Menyampaikan Perkhidmatan Yang Berkualiti

     Dengan Penuh Taat Setia Kepada Organisasi Kami Berlandaskan Budaya Kerja Cemerlang"


    Tarikh Kemaskini :08/02/2017







  • LAPORAN PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN
    BIL TAHUN
    1 Tahun 2023
    2 Tahun 2024


    Tarikh Kemaskini :03/07/2024