Kajian/Penyelidikan/Penilaian Outcome
  • Menyedia dan menentukan sistem, proses dan indikator penilaian/penyelidikan;
  • Menyediakan dan menentukan rangka kerja dan terma rujukan penilaian/penyelidikan;
  • Menyedia, memantau dan menyelaras jadual pelaksanaan penilaian/penyelidikan;
  • Menyediakan laporan penilaian/penyelidikan;
  • Menyebarkan hasil penilaian/penyelidikan;
  • Memproses permohonan untuk membuat kajian melalui sistem MyResearch 
 
MyResearch
  • Aplikasi MyResearch merupakan satu sistem permohonan atas talian bagi menjalankan kajian sosial di Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sistem ini merupakan suatu kemudahan memproses pendaftaran dan permohonan bagi menjalankan kajian sosial oleh pelajar-pelajar atau ahli akademik. Semua kemudahan yang disediakan adalah percuma dan boleh dilayari melalui http://myresearch.jkm.gov.my.
      Objektif :
  • Memudahkan proses permohonan kajian dan penyelidikan daripada pelajar dan ahli akademik;
  • Menjadi pusat sehenti maklumat berkaitan kajian sosial yang boleh dicapai dan dimanfaatkan oleh orang ramai;
  • Menggalakkan pelajar-pelajar atau ahli akademik membuat penyelidikan berkaitan sosial dan sekaligus dapat menyumbang kepada Jabatan untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada kumpulan sasar.

Proses Permohonan Aplikasi MyResearch

1.      Pendaftaran pemohon (http://myresearch.jkm.gov.my)
2.      Pengesahan pendaftaran melalui emel.
3.      Login ke MyResearch
4.      Lengkapkan borang permohonan.
5.      Hantar permohonan.
6.      Terima notifikasi permohonan dipersetujui.
7.      Muatnaik surat perakuan pemohon.
8.      Terima notifikasi keputusan permohonan.
9.      Kemaskini laporan aktiviti kajian.
10.    Mengemukakan tesis akhir ke Jabatan.
Tarikh Kemaskini : 19/03/2024