• PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ)
    JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
    NO. MBJ : 3613001
     
    1.         KEAHLIAN
     
    1.1.      Majlis Bersama Jabatan bagi Jabatan Kebajikan Masyarakat (selepas ini disebut sebagai ‘Majlis’) hendaklah mengandungi empat puluh dua (42) orang ahli secara keseluruhannya termasuk Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha-setiausaha yang terdiri daripada sembilan belas (19) orang ahli yang dilantik oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (selepas ini disebut sebagai ‘Pihak Pegawai’) dan dua puluh dua (22) orang ahli yang dipilih oleh pekerja-kerja yang berkhidmat di Jabatan Kebajikan Masyarakat (selepas ini disebut sebagai ‘Pihak Pekerja’).

     
    2.         PIHAK PEGAWAI
     
    2.1.      Ahli-ahli bagi Pihak Pegawai hendaklah terdiri daripada pegawai-pegawai yang berkhidmat di Jabatan Kebajikan Masyarakat seperti berikut:
    1. Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat                          -  Pengerusi
     
    1. Timbalan Ketua Pengarah (Strategik)                              -  Ahli
     
    1. Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)                                -  Ahli
     
    1. Pengarah Bahagian Pengurusan                                     -  Ahli
     
    1. Pengarah                                                                              -  Ahli
    Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya
     
    1. Pengarah                                                                              -  Ahli
    Jabatan Pembangunan Kanak-kanak
     
     vii.    Pengarah                                                                               -  Ahli
     Bahagian Warga Emas
     
     viii.      Pengarah                                                                              -  Ahli
     Bahagian Perancangan dan Pembangunan

    ix.     Pengarah                                                                              -  Ahli
    Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa
     
     x.      Pengarah                                                                               -  Ahli
    Bahagian Kebajikan Produktif
     
    xi.        Pengarah                                                                              -  Ahli
    Bahagian Komuniti
     
     xii.       Pengarah                                                                              -  Ahli
     Bahagian Kawalan Standard
     
     xiii.      Pengarah                                                                              -  Ahli
     Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan
     
     xiv.      Pengarah                                                                              -  Ahli
     Bahagian Perintah Khidmat Masyarakat
     
     xv.       Pengarah                                                                              -  Ahli
     Bahagian Psikologi dan Kaunseling
     
    xvi.      Pengarah                                                                              -  Ahli
    Bahagian Pengurusan Maklumat
     
    xvii.     Ketua Penolong Pengarah                                                -  Ahli
    Bahagian Pengurusan
     
     xviii.    Ketua Penolong Pengarah                                                -  Ahli
    Cawangan Perolehan dan Aset
     Bahagian Pengurusan
     
     xix.      Ketua Penolong Pengarah                                                -  Ahli
    Cawangan Latihan dan Kompetensi
    Bahagian Pengurusan                   
     
     xx.       Ketua Penolong Pengarah Kanan                                    -  Setiausaha
    Cawangan Pengurusan Sumber Manusia
    Bahagian Pengurusan

     
    3.         PIHAK PEKERJA
     
    3.1      Ahli-ahli bagi Pihak Pekerja hendaklah terdiri daripada pekerja-pekerja Jabatan Kebajikan Masyarakat, Gred 12 dan ke bawah, tidak terlibat dalam membuat keputusan, bukan merupakan Ketua Bahagian/Unit dan dipilih oleh pekerja-pekerja itu sendiri. Peraturan bagi pemilihan ahli-ahli Pihak Pekerja hendaklah mengikut perturan-peraturan yang akan disediakan buat permulaan oleh satu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh pekerja-pekerja dalam Jabatan Kebajikan Masyarakat dan diluluskan oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat. Ahli-ahli Pihak Pekerja adalah seperti berikut: 
     
     
    1. Wakil Skim Perkhidmatan M Gred 9 - 10                                     -   1 orang
     
    1. Wakil Skim Perkhidmatan S Gred 10                                -   1 orang
     
    1. Wakil Skim Perkhidmatan S Gred 9                                  -   1 orang
     
    1. Wakil Skim Perkhidmatan S Psikologi/Kaunseling/       -   1 orang
    Pegawai Hal Ehwal Islam Gred 9 - 10
     
    1. Wakil Skim Perkhidmatan DV Gred 9 - 10                       -   1 orang
     
    1. Wakil Skim Perkhidmatan S Pembantu Pustakwan/     -   1 orang
    Penolong Pegawai Penerangan/
    Pegawai Penerangan Gred 1 - 10
     
    1. Wakil Skim Perkhidmatan L Gred 5 - 10                          -   1 orang
     
    1. Wakil Skim Perkhidmatan E Gred 5 – 10                         -   1 orang
     
    1. Wakil Skim Perkhidmatan F Gred 5 – 10                         -   1 orang
     
    1. Wakil Skim Perkhidmatan JA Gred 5 – 7                         -   1 orang
     
    1. Wakil Skim Perkhidmatan N Gred 5 – 7                           -   1 orang
     
    1. Wakil Skim Perkhidmatan N Pembantu Setiausaha/     -   1 orang                   
    Setiausaha Pejabat Gred 1 – 7
             
    1. Wakil Skim Perkhidmatan N Gred 2 – 3                           -   1 orang
     
    1. Wakil Skim Perkhidmatan W Gred 1 – 9                          -   1 orang
     
    1. Wakil Skim Perkhidmatan B Gred 1 – 3                           -   1 orang
     
    1. Wakil Skim Perkhidmatan N Pembantu Tadbir               -   4 orang
    (Perkeranian/Operasi)/Pegawai Khidmat Pelanggan
    Gred 1
     
    1. Wakil Skim Perkhidmatan H Pembantu Khidmat Am     -   2 orang
    Gred 1
     
    1. Wakil Orang Kurang Upaya (OKU)                                   -   1 orang
     
     
    3.2       Pemilihan Pegerusi dan Setiausaha Pihak Pekerja adalah dibuat dari kalangan ahli-ahli Pihak Pekerja yang dipilih dan pemilihan itu hendaklah dibuat oleh Pihak Pekerja sendiri tanpa campur tangan dari Pihak Pengurusan. Pengerusi Pihak Pekerja akan menjadi Naib Pengerusi kepada MBJ manakala Setiausaha Pihak Pekerja akan menjadi Setiausaha Bersama.
     
    3.3       Kekosongan yang berlaku di dalam keanggotaan Pihak Pekerja hendaklah dipenuhi oleh calon-calon daripada Skim Perkhidmatan/Gred yang memilih pekerja-pekerja itu sendiri.
     
    3.4      Ahli-ahli bagi Pihak Pekerja hendaklah memegang jawatan selama tempoh dua (2) tahun mulai daripada tarikh pelantikan mereka dan mereka boleh terus memegang jawatan tersebut sehingga ahli-ahli yang akan mengambil alih telah dilantik/dipilih.
     
     
     
     
    4.         PEGAWAI-PEGAWAI MAJLIS
     
    4.1       Pgawai-pegawai Majlis adalah terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha Bersama. Naib Pengerusi hendaklah terdiri daripada ahli yang dipilih dan menjadi Pengerusi ahli Pihak Pekerja. Setiausaha Pihak Pegawai dan Setiausaha Pihak Pekerja menjadi Setiausaha Bersama bagi Majlis.
     
     
    5.         TUJUAN
     
    5.1      Tujuan Majlis adalah:
     
    1. untuk memperolehi seluas-luas kerjasama yang menyeluruh di antara Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan pegawai-pegawai yang bergaji di Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kelicinan kerja dan kebajikan pekerja-pekerja yang berkenaan; dan
     
    1. untuk mengadakan jentera bagi menguruskan soal-soal mengenai syarat-syarat bekerja dan amnya untuk mengumpul pelbagai buah fikiran daripada pekerja-pekerja dengan wakil-wakil rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat.
     
     
    6.         BIDANG DAN FUNGSI
     
    6.1      Bidang dan fungsi Majlis hendaklah tertumpu hanya kepada perkara-perkara yang termasuk di dalam bidang kuasa Majlis seperti berikut:
     
    1. membincang dan memutuskan akan perkara-perkara mengenai syarat-syarat bekerja yang ada berkaitan dengan pentadbiran yang berkenaan kecuali perkara-perkara yang melibatkan dasar Kerajaan dan hal-hal perseorangan;
     
    1. membolehkan kakitangan mengambil bahagian dan lebih bertanggungjawab di atas perkara-perkara mengenai kerja-kerja mereka dan mematuhi syarat-syarat bawah mana tugas-tugas mereka dijalankan;
     
    1. menggalakkan kakitangan menerusi pengambilan bahagian dalam perbincangan-perbincangan untuk mendapat pengetahuan yang lebih lagi mengenai pentadbiran pelbagai jabatan; dan
     
    1. mengadakan kemudahan bagi memperbaiki perjalanan dan organisasi Jabatan Kebajikan Masyarakat serta peruntukan bagi menerima cadangan dan syor-syor dari kakitangan mengenai perkara ini.
     
     
    7.         MESYUARAT-MESYUARAT
     
    7.1      Mesyuarat-mesyuarat biasa bagi Majlis hendaklah diadakan tiga (3) kali setahun, iaitu sekali dalam tempoh empat (4) bulan.
     
    7.2      Kuorum bagi mesyuarat Majlis hendaklah tidak kurang daripada 50%, iaitu sepuluh (10) orang ahli Pihak Pegawai dan 50%, iaitu sebelas (11) orang ahli Pihak Pekerja.
     
    7.3      Agenda bagi mesyuarat-mesyuarat Majlis hendaklah disediakan oleh Setiausaha Bersama dan dihantar oleh setiausaha-setiausaha tersebut kepada pihak masing-masing tidak kurang daripada tujuh (7) hari sebelum tarikh mesyuarat. Perkara-perkara yang tidak termasuk di dalam agenda, hanya boleh dibincangkan dengan kebenaran Pengerusi dan Naib Pengerusi Majlis.
     
    7.4      Mesyuarat Khas Majlis boleh diadakan dengan permintaan Pengerusi atau Naib Pengerusi bila dikehendaki. Tarikh mesyuarat tersebut hendaklah dipersetujui oleh Pegawai-pegawai Majlis. Perkara-perkara yang akan dibincangkan di mesyuarat tersebut hendaklah terhad kepada perkara-perkara yang dinyatakan dalam notis panggilan mesyuarat berkenaan.
     
    7.5       Sekiranya Pengerusi tidak dapat mempengerusikan mana-mana mesyuarat Majlis, maka ahli Pihak Pegawai terkanan boleh mempengerusikan mesyuarat Majlis dengan kebenaran daripada Pengerusi. Dalam apa keadaan sekalipun, Naib Pengerusi, iaitu Pengerusi Pihak Pekerja tidak boleh mempengerusikan mana-mana mesyuarat Majlis.
     
    7.6       Minit Mesyuarat MBJ hendaklah ditandatangani oleh Setiausaha Pihak Pegawai dan Setiausaha Pihak Pekerja.
     
    8.         KEPUTUSAN
     
    8.1      Segala keputusan Majlis hendaklah dicapai secara persetujuan bersama di antara Pihak Pegawai dengan Pihak Pekerja.
     
    8.2      Keputusan yang diambil jika tidak ada hubungan dengan Jabatan-jabatan lain dan tidak pula bertelingkah dengan dasar Kerajaan, bolehlah diselenggarakan atau dilaksanakan terus oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.  Bagi keputusan yang ada kaitan dengan dasar Kerajaan ataupun dengan Jabatan-jabatan lain, ianya hendaklah dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam ataupun Jabatan-jabatan yang berkenaan.
     
     
    9.         PINDAAN KEPADA PERLEMBAGAAN
     
    9.1       Perlembagaan Majlis boleh dipinda di mana-mana mesyuarat Majlis dengan persetujuan tidak kurang daripada 50% ahli Pihak Pegawai dan 50% ahli Pihak Pekerja.  Notis mengenai pindaan hendaklah diberi dan diedarkan kepada ahli-ahli Majlis sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum tarikh mesyuarat. Segala pindaan perlembagaan yang telah diluluskan oleh Majlis hendaklah dikemukakan ke Jabatan Perkhidmatan Awam untuk kelulusan.


    Tarikh Kemaskini :24/12/2024

  • Klik untuk muat turun borang



    Tarikh Kemaskini :28/05/2020



  • Tarikh Kemaskini :24/12/2024