Pengumuman

Majlis Graduasi Program Children, Responsive & Active (CREATIVE) JKM WPKL

SYABAS & TAHNIAH buat 39 orang anak-anak ikon berbakat dari PPR Seri Pantai, PA Desa Rejang dan PA Seri Pahang atas kejayaan menamatkan latihan kemahiran bakat di Pusat Kreatif Kanak-Kanak Tuanku Bainun.
Majlis Graduasi Program Children, Responsive & Active (CREATIVE) JKM WPKL telah diadakan pada 3 Julai 2018 bagi meraikan kejayaan anak-anak ini.
Junjungan Kasih buat Yang Teramat Mulia Raja Dato' Seri Azureen binti Sultan Azlan Shah atas kesudian untuk hadir dalam majlis ini dan menyampaikan Sijil Anugerah Pencapaian Cemerlang kepada anak-anak ini. Turut hadir adalah Yang Teramat Mulia Raja Dato' Seri Eleena binti Sultan Azlan Shah, Tuan Hj Fazari bin Mohd Salleh, Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat dan Tuan Haji Muhammad Asrak bin Mohd Osman, Timbalan Pengarah Unit Kesejahteraan Bandar, Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar, DBKL.
Jutaan terima kasih buat Pusat Kreatif Kanak-Kanak Tuanku Bainun atas kesudian untuk berkolaborasi dengan Jkm Wpkl dalam membimbing dan membangunkan potensi anak-anak ini.