Pengumuman

Program Skill & Career @ CSO (Kemahiran)

Program ini merupakan program anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan dengan kerjasama Giatmara Negeri Sembilan. Program ini telah menawarkan dua kursus iaitu Asas Pendawaian Elektrik (Pendawaian Pvc Cort & Extension wire) dan Asas Baikpulih Telefon Bimbit (telefon pintar android dan iphone) dengan bantuan daripada dua orang tenaga pengajar, dua orang Pembantu Pengajar serta beberapa orang pelajar GIATMARA.