Pengumuman

Kursus Kefahaman Dan Pemantuhan Akta Dalam Pengurusan Pusat Jagaan

Kursus Kefahaman Dan Pemantuhan Akta Dalam Pengurusan Pusat Jagaan telah diadakan pada 31/5/2023 jam 8.30 pagi sehingga 1.00 petang di Bilik Gerakan Kompleks Pentadbiran Daerah Seremban. Kursus ini dianjurkan oleh Unit Penguatkuasaan PKMD Seremban dengan penglibatan Penceramah dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) , Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Kursus ini di hadiri oleh Pengendali Pusat Jagaan Berkediaman di Daerah Seremban dan PDBK Pusat Jagaan daerah di Negeri Sembilan seramai 61 orang.