Pengumuman

Majlis Khatam Al-Quran, Majlis Berbuka Puasa Dan Solat Terawih.

Alhamdulilllah, majlis ini mendapat sambutan yang baik dengan kehadiran pegawai dan kakitangan bersama ahli keluarga ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan. Semoga majlis ini mendapat keberkatan dan 10 hari terakhir Ramadan ini semua umat Islam diberi kesempatan melaksanakan ibadah dan dipertemukan malam Lailatulqadar.