Pengumuman

Program Dekat Di Hati Sukarelawan JKM DUN Pilah

Tarikh : 14 Mac 2020 (Sabtu)
Program Dekat Di Hati Sukarelawan JKM di DUN Pilah bertempat di rumah Pn Shamsiah Bt Kalam di Kampung Gachong, Kuala Pilah. Beliau merupakan penerima bantuan bulanan JKM. Program gotong-royong membersihkan rumah klien oleh Sukarelawan JKM daerah Kuala Pilah, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Gachong, Pelatih CSO, wakil ADUN Pilah serta masyarakat setempat. Turut dihadiri oleh Pegawai dan kakitangan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Pilah. Terima kasih kepada pihak Baitulmal daerah Kuala Pilah atas sumbangan peralatan kepada penama dan semua yang terlibat & menjayakan program.