Pengumuman

Karnival Pahang Memperkasa OKU 2023 Siri 1

Kuantan, 28-29 Januari 2023 (Sabtu-Ahad), telah berlangsung Karnival Pahang Memperkasa OKU 2023 Siri 1 di Dewan Utama Majlis Bandaraya Kuantan dan Mini Stadium Umiversiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kuantan. Pelbagai Aktiviti yang telah diadakan antarnya seminar, pameran agensi kerajaan, pemeriksaan kesihatan percuma, jualan produk-produk dari PDK, zumba dan saringan dan latihan sukan olahraga berpusat.

Karnival ini diadakan memperkukuhkan hubungan kerjasama antara agensi berkaitan OKU dengan NGO, PDK & pihak Swasta dan Memperkasa OKU melalui Sukan, Peluang Ekonomi, Latihan, Kesihatan & Fungsi Sosial. Majlis Perasmian Penutup bagi Seminar Karnival Pahang Memperkasa OKU 2023 Siri 1 telah dirasmikan oleh YB. Dato' Sabariah binti Saidan, Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita Dan Keluarga Negeri Pahang.
Turut hadir bersama YH. Dato Zulkhairi bin Zainol Abidin, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang. Puan Norasniza Nadia Binti Abidin Pengarah Jabatan Pembanguanan Wanita Negeri Pahang, Tuan Zuhami Bin Omar Pengarah, Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya.