Pengumuman

JKMN PAHANG SUMBANG 1,000 KIT MAKANAN SEDIA DIMAKAN KEPADA PASUKAN SMART KE TURKIYE

KUANTAN, 8 FEBRUARI 2023 - Rabu
 
Prihatin dengan nasib menimpa mangsa gempa bumi di Negara Turkiye, Kerajaan Pahang melalui JKM Negeri Pahang turut menyalurkan bantuan untuk membantu Pasukan Bantuan dan Menyelamat Bencana Malaysia Khas (SMART) dengan bekalan makanan Ready To Eat (RETORT) bagi membantu dalam operasi mencari dan menyelamat.
Anggota SMART akan ke Turkiye melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur malam ini. Pasukan elit SMART seramai 70 orang yang terbabit dalam misi ini terdiri daripada pasukan perubatan dari Kor Perubatan Diraja, Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan pasukan khas bahan kimia berbahaya.