Pengumuman

Program Santuni Rakyat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Peringkat Negeri Pahang 2019

Program ini telah dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato' Sri Wan Azizah Binti Wan Ismail merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada jam 3.00 petang di Berjaya Mega Mall, Kuantan. Alhamdulillah program berjalan dengan lancar dan baik. Program telah bermula dari jam 9.00 pagi hingga 9.30 malam. Pelbagai aktiviti disediakan sepanjang program ini berlangsung. Antaranya kaunter perkhidmatan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta booth perkhidmatan dan pameran pelbagai agensi kerajaan, swasta dan NGO. Selain itu pelbagai aktiviti interaktif diadakan untuk penyampaian perkhidmatan kepada para pengunjung. Seramai 140 orang lebih OKU telah hadir bagi menghadiri temuduga terbuka yang diadakan sepanjang program ini. Semoga program ini memberi manfaat dalam menyantuni semua pengunjung yang memerlukan pelbagai perkhidmatan. Dianggarkan seramai 1500 orang lebih telah menghadiri program ini dari pagi program bermula hingga ke malam. Semoga pengisian dalam program ini memberi manfaat kepada para pengunjung yang hadir. JKM Pahang juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung atas sokongan dan komitmen menjayakan program ini. Semoga Allah terus menyatukan hati kita dan Allah juga mengerakkan usaha kita untuk terus menyalurkan pelbagai perkhidmatan melalui program sebegini di masa akan datang. Semoga juga asbab program ini Allah anugerahkan kepada kita semua rahmatNya untuk menguatkan lagi silaturahim sesama kita dan program sebegini terus menyantuni mereka yang memerlukan.