Pengumuman

Kursus Pemantapan Khidmat Bantu Di Rumah (KBDR) Negeri Pahang Siri 2 Tahun 2023

Kuantan, 14-16 November 2023 (Selasa-Khamis) - Telah berlangsung Kursus Pemantapan Khidmat Bantu Di Rumah (KBDR) Negeri Pahang Siri 2 Tahun 2023 bertempat di De Rhu Beach Resort, Kuantan, Anjuran Bahagian Komuniti, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang.
Kursus ini diadakan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta pemahaman dalam memberi perkhidmatan oleh sukarelawan dan meningkatkan daya tahan serta motivasi serta komitmen berterusan dalam barisan Sukarelawan KBDR untuk terus memberi khidmat bakti kepada masyarakat.
#JKMNPahang
#berkatberjasa
#KBDRNegeriPahang