Pengumuman

Majlis Silaturahim Aidilfitri JKM-NGO Kebajikan Negeri Pahang Bersama Meraikan Warga Emas, Kanak-kanak Dan OKU

KUANTAN, 12 Mei 2023 (Jumaat), Berlangsungnya Majlis Silaturahim Aidilfitri JKM-NGO Kebajikan Negeri Pahang Bersama Meraikan Warga Emas, Kanak-kanak Dan OKU di Dewan Camelia, Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajjah Kalsom Penor, Kuantan, Pahang.
Majlis ini diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim kerjasama antara JKM Negeri Pahang dan Ngo-Ngo Kebajikan Negeri Pahang, turut tidak dilupakan meraikan warga emas, kanak-kanak, dan oku.
Turut Hadir Memeriahkan Majlis, YAB. Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang, YB. Dato' Sabariah binti Saidan, Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita Dan Keluarga Negeri Pahang dan ketua-ketua pengarah di Negeri Pahang.

#JKMNPahang
#berkatberjasa
#MajlisSilaturahimAidilfitriJKMNGOKebajikanNegeriPahang