Pengumuman

Program Latihan Amal Simulasi Pengurusan Pusat Pemindahan Sementara Dan Pangkalan Hadapan Negeri Pahang 2023 Zon 1

Kuantan, 9 Ogos 2923, telah berlangsung Program Latihan Amal Simulasi Pengurusan Pusat Pemindahan Sementara Dan Pangkalan Hadapan Negeri Pahang 2023 Zon 1 yang telah dirasmikan oleh Encik Zamri bin Mohamad, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kebajikan Produktif JKM Malaysia.
Program Latihan Amal Simulasi Pengurusan Pusat Pemindahan Sementara Dan Pangkalan Hadapan Negeri Pahang di adakan bagi menjelaskan peranan dan tanggungjawab JKM sebelum, semasa dan pasca banjir mengikut PTO JKM selain memantapkan dan mengeratkan lagi kerjasama agensi kerajaan, pemimpin tempatan dan komuniti dalam pengurusan bencana.

#JKMNPahang
#berkatberjasa
#herojaketoren