Pengumuman

Perasmian Pembukaan Restoran Ayam Gepuk Jogja Pak Ery

Perasmian Pembukaan Restoran Ayam Gepuk Jogja Pak Ery, Jalan Tun Ismail Kuantan Pahang
Kuantan, 20 Februari 2023 (Isnin)

Pembukaan rasmi Restoran Ayam Gepuk Jogja Pak Ery yang dimiliki dan diusahakan oleh Cik Fatin Syahirah Binti Basharudin yang merupakan seorang Kurang Upaya (OKU) membuktikan
bahawa sesiapa sahaja mampu berjaya walaupun mempunyai kekurangan fizikal. Cik Fatin membuktikan bahawa OKU juga boleh berjaya dalam dunia keusahawanan dan dapat bersaing dengan insan upaya yang lain.
Jabatan Kebajikan Masyarakat mengucapkan tahniah atas kejayaan yang telah dicapai dan menjadi satu contoh kepada OKU lain yang mempunyai semangat untuk memajukan diri.
YH Dato Zulkhairi Zainol Abidin, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang telah hadir untuk meraikan beliau dan seterusnya merasmikan restoran beliau pada hari ini.