Pengumuman

Lawatan Kerja Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Cameron Highlands

Lawatan Kerja Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang, Dato' Zulkhairi Bin Zainol Abidin ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Cameron Highlands pada 25 Jun 2023.
Beliau mengambil kesempatan menemui Tn Hj Abd Rahman bin Mohammad Husain Pengerusi PPDK Sinar Pelangi Cameron Highlands dan Pegawai-Pegawai JKM Cameron Highlands bagi membincangkan isu dan cadangan penambahbaikan perkhidmatan pemulihan dan pembangunan PPDK ini.