Pengumuman

KEJOHANAN PARA OLAHRAGA PPDK NEGERI PAHANG 2023

Kuantan. 19 Februari 2023 (Ahad), telah berlangsung Kejohanan Para Olahraga PPDK Negeri Pahang 2023 yang diadakan di CFS Stadium, Pusat Asasi UIA Gambang. Kejohanan ini diadakan bagi memberi peluang kepada pelatih-pelatih PPDK bersukan dan mencungkil bakat dalam bidang sukan.
Program yang meraikan warga OKU dan PDK ini menjadi platform untuk mempromosi dan memperkenalkan produk PDK. Disamping itu juga, Kempen Pendaftaran OKU bagi menggalakkan OKU mendaftar dengan JKM turut diadakan. Tahniah kepada semua kontinjen PPDK seluruh Pahang dan wakil JPN Pahang atas penyertaan dan komitmen sepanjang kejohanan ini.
Hadir sama, YBhg. Dato' Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat dan YH. Dato' Zulkhairi bin Zainol Abidin, Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang.