Pengumuman

LAWATAN KERJA YBhg. Dato' KPKM KE PREMIS BARU PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH TEMERLOH

23 Februari 2023 - Hari ini, YBhg. Dato' Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat telah membuat lawatan ke premis baru Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Temerloh, Pahang.
Dalam lawatan ini, YBhg. Dato' KPKM meninjau persediaan prasarana premis baru bagi memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan warga JKM kepada masyarakat pada tahap yang terbaik.
Hadir sama, YBhg. Dato' Zulkhairi bin Zainol Abidin, Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang, YBrs. Encik Mohd Mahir bin Mohd Tahir, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pembangunan Fizikal.

Kredit : FB Jabatan Kebajikan Masyarakat