Pengumuman

Program Jerayawara KASIH KPWKM@Advokasi Antigangguan Seksual, Pahang

Program Jerayawara KASIH KPWKM@Advokasi Antigangguan Seksual, Pahang
Kuantan, 26 Ogos 2023 (Sabtu), telah berlangsung Program Jerayawara KASIH KPWKM@Advokasi Antigangguan Seksual yang dirasmikan oleh Yang Berhormat, Hajah Aiman Athirah Sabu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Jerayawara ini bertujuan memberikan kesedaran dan pendidikan mengenai gangguan seksual agar budaya menormalisasikan gangguan seksual dapat dihapuskan.
Antara aktiviti yang diadakan adalah Fun Walk, Taklimat Advokasi Antigangguan Seksual oleh Jabatan Pembangunan Wanita, Taklimat Pengendalian Kes Kesalahan Seksual Terhadap Wanita dan Kanak-Kanak oleh Polis Diraja Malaysia, Taklimat Perintah Perlindungan Kecemasan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, Taklimat Pengendalian Kes Gangguan Seksual dari Perspektif Undang-Undang oleh Pengamal Undang-Undang dan pameran perkhidmatan agensi serta jualan produk hasil kumpulan sasar KPWKM.
#JKMNPahang
#KPWKMPrihatin
#berkatberjasa
#HentikanGangguanSeksual