Pengumuman

LAWATAN KERJA YBhg. Dato' KPKM KE SEKOLAH TUNAS BAKTI (STB) JERANTUT, PAHANG

23 Februari 2023 - Hari ini, YBhg. Dato' KPKM juga telah melawat ke Sekolah Tunas Bakti (STB) (L) Jerantut, Pahang.
Tujuan YBhg. Dato' KPKM mengadakan lawatan di sini ialah, bagi melihat prasarana yang tersedia, mengenalpasti keperluan dan kekurangan yang perlu ditambahbaik demi
memastikan kebajikan pelajar di STB ini pada tahap yang optimum.
Turut hadir, YBhg. Dato' Zulkhairi bin Zainol Abidin, Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang.

Kredit : FB Jabatan Kebajikan Masyarakat