Pengumuman

Flag Off Kemanusian Bantuan Bencana Banjir Kerajaan Negeri Pahang ke Terengganu di Depoh Simpanan Keperluan Bencana Pahang

Kuantan, 21 Disember 2022, Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, YB. Dato’ Sabariah Hj Saidan melancarkan Flag Off Kemanusian Bantuan Bencana Banjir Kerajaan Negeri Pahang ke Terengganu di Depoh Simpanan Keperluan Bencana Pahang.
Bantuan ini dihantar menerusi Misi Bantuan Sukarelawan Pasca Banjir dengan menyediakan pelbagai kelengkapan asas kepada semua mangsa banjir terlibat. Misi ini turut disertai 15 sukarelawan yang terdiri daripada Agensi Kerajaan seperti JKM Negeri Pahang dan APM Negeri Pahang serta beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) dan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pahang.
Hadir sama ialah Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad; Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Pahang, YH. Dato’ Zulkhairi Zainol Abidin dan Pengarah Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman.

#JKMNPahang
#BerkatBerjasa
© 2022 Unit Komunikasi & Media JKMN Pahang