Pengumuman

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Jerantut : Operasi Pengemis & Kutu Rayau


Jerantut, 11 JUN 2022 (Sabtu)- Unit Perundangan dan Penguatkuasaan PKMD Jerantut telah menjalankan Operasi Menyelamat Pengemis dan Kutu Rayau di sekitar Bank & Pasar Malam daerah Jerantut.
Seorang lelaki OKU mengemis di hadapan Maybank Jerantut. Penama seorang OKU bisu/pekak. Mempunyai kediaman bersama ibu/bapa di Jengka 12. Hasil semakan penama telah mendapat bantuan OKU tidak bekerja (BTB).
Penama dibawa ke PKMD Jerantut. Maklumat diri direkodkan. Diberi amaran untuk tidak lagi mengemis. Jika penama mengulangi, kes akan dirujuk kepada pihak yang berkaitan. Penama diarah pulang ke kediaman. Kegiatan penama mengemis juga dimaklumkan kepada keluarga.
Operasi-operasi sebegini akan terus dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan daerah ini bebas daripada sebarang bentuk aktiviti pengemisan.

#berkatberjasa
#KeluargaMalaysia
#herojaketoren