Pengumuman

LAWATAN KERJA YBhg. Dato' KPKM KE DESA BINA DIRI (DBD) JERANTUT, PAHANG

23 Februari 2023 - YBhg. Dato' KPKM turut membuat lawatan kerja ke Desa Bina Diri (DBD), Jerantut, Pahang untuk melihat pengoperasian Institusi ini dalam menambahbaik perkhidmatan yang disediakan.
Desa Bina Diri (DBD) ditubuhkan untuk memberi jagaan, perlindungan dan pemulihan kepada pengemis dan orang papa bagi membina individu yang positif dan berkemahiran untuk diintegrasikan semula ke dalam masyarakat.
Turut hadir dalam lawatan ini YBhg. Dato' Zulkhairi bin Zainol Abidin, Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang.

Kredit : FB Jabatan Kebajikan Masyarakat