Pengumuman

Mesyuarat Penyelarasan dan Pelancaran Program Anugerah Premis Mesra OKU

Kuantan, 3 Ogos 2023 (Khamis), YB Dato' Sabriah Binti Saidan, Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan dan Pelancaran Program Anugerah Premis Mesra OKU.
Program ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Pahang melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat yang bertujuan untuk mengiktiraf dan memperkasa premis atau fasilit yang mempunyai aksesibiliti mesra OKU. Melalui mesyuarat ini juga YB. Dato' Sabariah Binti Saidan telah membuat penyerahan Kit Penyertaan Program kepada agensi iaitu Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Bahagian Kerajaan Tempatan, SUK Pahang dan Jabatan Agama Islam Negeri Pahang.
Program ini akan dilaksanakan dengan kerjasama dan kepakaran Perunding Audit Akses daripada Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia yang diketuai oleh YBhg. Prof. Dato' Sri Ar. Dr. Asiah Binti Abdul Rahim. Program ini dijangka akan memberi impak positif dalam pembangunan rekabentuk sejagat dan fasiliti mesra OKU di Negeri Pahang.

#JKMNPahang
#berkatberjasa