Pengumuman

MISI BANTUAN KEMANUSIAAN PAHANG PRIHATIN KE PARLIMEN PARIT SULONG, JOHOR 2023

Kuantan, 09 Mac 2023 (Jumaat) : YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail telah Melancarkan Misi Bantuan Kemanusiaan Pahang Prihatin Ke Parlimen Parit Sulong, Johor 2023 di Perkarangan Majlis Bandaraya Kuantan. Kerajaan Pahang memperuntukkan sebanyak RM 50,375 bantuan kemanusiaan yang diselaraskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang.
Hadir sama, Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga, YB. Dato’ Sabariah Saidan, Pegawai Kewangan Negeri, YB. Dato' Indera Nazri Bin Abu Bakar dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, YH. Dato’ Zulkhairi Zainol Abidin.

#KerajaanNegeriPahang
#JKMNPahang
#berkatberjasa