Pengumuman

PROGRAM JOM DAFTAR PUSAT JAGAAN DAN TASKA 2019

Tarikh : 16hb Nov 2019 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : Bilik Latihan, Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang, Kuantan, Pahang.

Objektif Program :-
1. Meningkatkan kesedaran kepada para peserta yang terdiri dari pengendali Pusat Jagaan dan Pengusaha TASKA di daerah Kuantan mengenai kewajipan dan kepentingan untuk mendaftar Pusat Jagaan / TASKA
2. Memberi kefahaman tentang fungsi dan peranan agensi teknikal seperti Bomba, Jabatan Kesihatan dan Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis Perbandaran Kuantan) bagi pendaftaran PJ / TASKA
3. Memberi pendedahan literasi undang-undang mengenai tindakan Penguatkuasaan PJ / TASKA yang tidak berdaftar
Kumpulan sasar yang akan menghadiri program ini sebagai peserta adalah terdiri dari pengendali Pusat Jagaan dan TASKA di daerah Kuantan.
#JKMNPahang
#BahagianPerundanganDanPenguatkuasaan
#AktaTamanAsuhanKanakkanak
#AktaPusatJagaan