Pengumuman

LAWATAN KERJA YANG BERHORMAT TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA & MASYARAKAT DI TERENGGANU

17 Mac 2024
 
YB Datuk Seri Dr.Noraini binti Ahmad,Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga & Masyarakat telah menyantuni warga kerja Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Dungun ( PKMD Dungun) dan penghuni Rumah Ehsan Dungun. YBTM juga turut turun meninjau perkembangan perniagaan klien 2YEP, Encik Muhammad Amirul Mukminin Bin Abidin Jaafar, seorang seorang pemilik bengkel tayar iaitu Double AA Tayar di Dungun, Terengganu.
 
Encik Amirul merupakan penerima Anugerah Khas OKU Usahawan Tahun 2024 pada Majlis Pelancaran Majlis Tindakan Orang Kurang Upaya Negeri Terengganu (MTOT) baru-baru ini.
Turut serta dalam lawatan kerja YBTM ialah, YBrs. Puan Mazura binti Ngah Abd Manan, Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu, Timbalan Pengarah, Puan Sulaimah binti Daud, Puan Rohana binti Yusof, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Orang Kurang Upaya (OKU) dan Warga Emas, dan juga Encik Ghazali bin Awang, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kebajikan Produktif ,Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu.