Pengumuman

SESI LIBAT URUS PENGARAH KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI TERENGGANU BERSAMA PENGERUSI PPDK NEGERI TERENGANU DAN TAKLIMAT BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN


21 Februari 2024

Sesi Libat Urus Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu bersama Pengerusi PPDK seluruh Negeri Terengganu dan Taklimat Bantuan Kewangan Kerajaan (BKK) kepada pertubuhan yang menjalankan program PPDK bagi sesi 2024-2025 telah diadakan di Hotel Sri Malaysia, Kuala Terengganu anjuran Bahagian Orang Kurang Upaya (OKU) dan Warga Emas, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu.
Tujuan sesi libat urus dan taklimat tersebut diadakan untuk membincangkan isu-isu berkaitan PPDK  yang bersesuaian serta memberi sokongan dan menyumbang idea ke arah pembangunan program PPDK.Beberapa resolusi dan cadangan telah sebulat suara dicapai dan dipersetujui bersama dalam sesi bersemuka ini.
 
Turut sama hadir dalam sesi dan taklimat ini, Ybrs. Puan Rohana binti Yusof, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Orang Kurang Upaya (OKU) dan Warga Emas, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu, Encik Mohd Naufal bin Yusoff, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Orang Kurang Upaya (OKU) dan Warga Emas, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu. Encik Mohd Fadzli bin Ismail, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah, PKMD Kemaman serta Encik Zulbahri bin Ibrahim,Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah, PKMD Besut.