Pengumuman

PELAKSANAAN NAZIRAN PENGURUSAN DI PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DUNGUN, JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2024


21 Februari 2024
 
Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat  telah mengadakan Pemantauan dan Naziran Pengurusan Tahun 2024 ke atas PKMD Dungun. Seramai 7 orang ahli Pasukan Naziran daripada JKM Malaysia terlibat dalam program ini diketuai oleh Puan Che Salina binti Che Soh selaku Ketua Unit Naziran, Bahagian Pengurusan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.
 
Atucara penutup program telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Che Salina binti Che Soh. Program ini merupakan inisiatif pihak Urusetia JKM Malaysia yang bertanggungjawab terhadap tadbir urus dan penguatkuasaan kepada pelaksanaan tatacara Pengurusan Peti Besi,AP 308 dan AP309, Pengurusan Kewangan, Pengurusan Aset, Pengurusan Kemderaan  dan Pengurusan myPortfolio. Pelaksanaan Naziran Pengurusan ini bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan jabatan  khususnya PKMD Dungun dalam urusan skop naziran yang ditetapkan dan sebagai langkah pemantauan terhadap pematuhan pada peraturan -peraturan yang berkuat kuasa.