Pengumuman

PASCA BENCANA INTERVENSI KRISIS DAN SOKONGAN PSIKOLOGI - BAHAGIAN PSIKOLOGI & KAUNSELING BERSAMA AKRAB JKMN TERENGGANU DI HULU DUNGUN, TERENGGAN

Bahagian Psikologi dan Kaunseling Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu Dengan Kerjasama AKRAB JKMN Terengganu telah menjalankan Pasca Bencana-Intervensi Krisis Dan Sokongan Psikologi (IKSP) kepada mangsa yang terlibat dengan bencana banjir di Daerah Dungun pada 5-6 Februari 2024.  Tiga buah kampung yang terlibat iaitu Kampung Belimbing, Kampung Shukor dan Kampung Pasir Raja. 

Pasca Bencana ini  melibatkan 11 orang Pegawai dan Penolong Pegawai Psikologi JKMN Terengganu dan 13 orang ahli AKRAB JKMN Terengganu. 

Antara pengisian intervensi tersebut adalah memberi intervensi bimbingan dan sokongan psikologi, semakan simptom trauma, agihan kit kanak-kanak dan kit dewasa serta agihan refreshment kit kepada mangsa bencana.