Pengumuman

PELANCARAN MAJLIS TINDAKAN OKU NEGERI TERENGGANU (MTOT)

6 Mac 2024 - Pelancaran Majlis Tindakan OKU Negeri Terengganu (MTOT) di  Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu
 
Penubuhan MTOT adalah selaras dengan Dasar Orang Kurang Upaya dan Pelan Tindakan Orang Kurang Upaya 2016-2022 bagi memberi perlindungan, pendidikan, rehabilitasi dan pembangunan kepada OKU demi kepentingan serta kesesahteraan golongan ini. Untuk mencapai matlamat ini, satu usaha kolektif perlu dibuat oleh Majlis dengan menggunakan pendekatan multi-sectoral dan multi-collaboration dengan agensi-agensi berkaitan yang lain.
 
Pelancaran telah dirasmikan oleh YB Dato’ Ustaz Mohd Nor Hamzah, YDP Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi mewakili YAB Menteri Besar Terengganu.
 
Diantara  pengisian program
1. Forum "OKU Pemangkin Ummah”
 2. Persembahan Wheel Chair Dance
 3..Penyampaian Tokoh Anugerah Khas OKU Dakwah, Akademik, Sukan dan Usahawan.
 
Pihak Jabatan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam pelancaran MTOT ini. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada penerima Anugerah