Pengumuman

Perutusan Pengarah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam sejahtera dan salam 1Malaysia,
 
Selamat datang ke Laman Web Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri (JKMN) Kelantan. Kini JKMN Kelantan tidak ketinggalan, untuk terus maju dan terus mengorak langkah sejajar dengan pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seiring dengan jabatan-jabatan kerajaan yang lain. Laman web ini diharapkan dapat memberi kemudahan dan menjadi satu saluran alternatif perhubungan kepada semua masyarakat walaupun di mana berada.
 
Fungsi utama lama web ini adalah salah satu kemudahan penyebaran maklumat dan juga sebagai media perantaraan dan alat komunikasi dua hala bagi menyampaikan maklumat-maklumat dan informasi-informasi terkini yang lebih mudah dan pantas.
Oleh yang demikian, JKMN Kelantan turut mengambil inisiatif bagi membangunkan laman web rasmi jabatan ini bagi memperkenalkan jabatan ini dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan selaras dengan salah satu strategi jabatan untuk memantapkan dan mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan kebajikan di semua peringkat.
 
Akhir kata, saya berharap semoga dengan maklumat-maklumat dan data-data yang disediakan melalui laman web ini memberi manfaat kepada semua pihak. Walaubagaimanapun jabatan akan cuba sedaya upaya untuk memastikan maklumat-maklumat yang dipaparkan adalah yang terkini.
Sekian, terima kasih.

SAID BIN SIDUP
Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri,
Kelantan.