Pengumuman

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KLIEN HOME HELP WARGA EMAS TAHUN 2019

KLIEN : PUAN JAIMAH BINTI MONTIL
ALAMAT : KN 0123 SIMPANG IKAN KITANG, KG. KERUPANG W.P LABUAN
MASA : 12pm - 2pm
TARIKH : 2 JULAI 2019 / 28 SYAWAL 1440H

Dalam kemeriahan kita menyambut Syawal bersama keluarga, tidak dilupakan juga insan-insan yang kurang bernasib baik. Syawal kali ini Jabatan Kebajikan MAsyararkat W.P Labuan dengan diterajui oleh Unit Warga Emas & OKU, Sukarelawan Kebajikan Labuan serta PPAWE Labuan meraikan Syawal bersama Puan Jaimah Binti Montil, seorang warga emas yang tinggal bersendirian. kesunyian tentu dirasai oleh beliau namun dengan kehadiran pihak Jabatan, Ahli-ahli Sukarelawan Kebajikan Labuan dan  PPAWE sedikit sebanyak dapat mengukir senyuman di wajah beliau.