Pengumuman

Program Kembara Kasih Keluarga Malaysia di PAWE Lekir 27082022

Program Kembara Kasih Keluarga Malaysia anjuran Persatuan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Lekir dengan kerjasama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan NGO, Persatuan Kebajikan Prihatin Sosial Negeri Perak (Sukarelawan JKM) dan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Manjung (JKM) sempena menyambut Bulan Kemerdekaan akan berlangsung di Perkarangan Masjid Haji Mat Isa pada 27 Ogos 2022 bermula seawal jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang.
Terdapat booth pameran pelbagai agensi antaranya :-
    • JUALAN MURAH Kedai Bergerak Negeri Perak oleh Yayasan Bina Upaya (YBU)
    • JUALAN MURAH Keluarga Malaysia oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Koperasi Ukhuwah Sepakat Manjung Berhad (KUPAKAT)
    •Majlis Perbandaran Manjung mengadakan KAUNTER PROMOSI MYMANJUNG DAN KUTIPAN BERGERAK MPM
    • Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengadakan ujian saringan kesihatan
    • Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) mengadakan pameran produk hasil kreativiti 
    • Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) mengadakan pameran produk dan pembukaan keahlian baru 
    • SUKARELAWAN JKM mengadakan  pembukaan keahlian baru
    • Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) MANJUNG bersama Institut Darul Ridzuan (IDR) memberi pendedahan  berkaitan PELAN PERAK SEJAHTERA 2030
    • Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mengadakan pameran berkaitan Dadah
    • KONVOI BERMOTOSIKAL untuk edaran JALUR GEMILANG dan serahan kotak makanan kepada penduduk sekitar Lekir yang terpilih