Pengumuman

PROGRAM SIMULASI BENCANA BANJIR PERINGKAT DAERAH MANJUNG

PROGRAM SIMULASI BANJIR DAERAH MANJUNG BAGI KALI PERTAMA TINGKAT KECEKAPAN DAN KESIAPSIAGAAN AGENSI MENGHADAPI BANJIR
15.10.2022 (Sabtu) - Bertempat di Sekolah Agama Rakyat Kampung Padang Serai, Pantai Remis juga sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah diadakan Program Sesi Simulasi Banjir peringkat daerah Manjung buat kali pertama.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Shamsul Ridzuan Idris, Pegawai Daerah Manjung yang turut dihadiri oleh Tuan ACP Nor Omar Sappi, Ketua Polis Daerah Manjung dan ketua serta wakil agensi daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pejabat Daerah dan Tanah Manjung (PDTM), Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pejabat Penghulu Mukim dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
Objektif program adalah sebagai persiapan awal menghadapi banjir dan gerakan dari agensi penyelamat seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam APM) diatur bagi menghadapi banjir di daerah Manjung. 'Hot spot' yang dikenal pasti ialah di Beruas, Pantai Remis dan Lekir.
Program ini selaras arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang berfungsi sebagai penyelaras kepada agensi kerajaan yang terlibat dengan penguatkuasaan bencana supaya persediaan awal membabitkan logistik, anggota dan kelengkapan aset bagi semua agensi yang terlibat.
Program simulasi banjir penting bagi mewujudkan koodinasi, komunikasi dan kesefahaman antara agensi penyelamat dan agensi bantuan di peringkat daerah Manjung dengan matlamat yang sama iaitu untuk menyelamatkan mangsa.
Justeru itu, program simulasi ini diharapkan dapat menwujudkan suasana yang lancar dan harmoni di antara agensi dan komuniti yang menghadapi ketegangan sewaktu musibah bencana banjir.
"...bulat air kerana pembetong, bulat manusia kerana muafakat..."
Kredit untuk :
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung